Tenanglah wahai Hati

3:46 AM

Jiwa tidak tenang? Sering resah tak kena gaya? Fikirkan apa?



Entah berapa banyak kali minda mengulang soalan pada diri sendiri. Kenapa perlu begini? Dan kenapa tidak begitu. Asyik cakap tak tenang. Rasa resah. Kenapa?



Rasa, hanya satu jawapannya.



Diri ini sudah jauh... barangkali teramat jauh...

dari DIA.



leka.

alpa.

lupa.



Kerana sering sia-siakan masa yang ada. Melagha sini sana. Berkhayal tak tentu hala. Asyik fikirkan perkara yang remeh-temeh berulang-ulang. Sedangkan semua tu tak ada pentingnya. Tak sepenting DIA.



24 jam sehari.

Daripada berapa jam dalam sehari dan berapa minit saja yang diabdikan untuk dia.

5 kali sehari menunaikan solat fardhu.

Berapa kali tergesa-gesa nak menunaikan atas dasar ada urusan lain.



Bangun tidur, celik mata.

Hati... terlupa nak bersyukur pada dia.

Langkah keluar dari rumah.

Hati... terlupa nak bertawakal pada dia.

Saat tangan hendak menyuap rezeki buat mengalas perut.

Hati... kau terlupa lagi...



Kalau sering lupakan DIA, mana ketenangan nak menyapa.

Kalau asyik lagha fikirkan dunia, bila masanya nak fikirkan hari Akhirat pula.

Kalau 24 jam masa untuk diri sendiri, bila masanya untuk DIA pula?

Bila?

Tanya diri...

Bila?



Bukan tak sedar... bukan tak sedar, diri sudah makin terbuai dengan keenakan dunia. Tapi... masih lalai. Masih alpa.



Malu. Malu dengan DIA. Hidup ini, dari DIA. Tapi... lebih daripada menadah memohon ketenangan dari DIA, lain pula ketenangan yang dicari. Bila kesedaran nak muncul dalam diri? Tunggu terpejam mata, baru nak menyesal dengan DIA?

Menyesal tak sudah nanti...



Sementara, masih ada nafas...

Sementara, masih ada izin... dari DIA yang masih membenarkan diri ini bernafas dan meneruskan sisa hidup...

maka...

berusahalah cari ketenangan dengan redhaNYA. Semua hanya dari DIA. Hanya dari DIA!



Dekatkan diri dengan DIA itulah kunci segala ketenangan

You Might Also Like

0 comments