Kelebihan & Kekurangan Single!

4:50 AM

KELEBIHAN SINGLE *bermakna xde BF atau GF* :-
  1. Kewangan: da tentu saving sgt! saving dr segi belanja TOPUP...makan2(kalo dating2x) dengan minyak kete/motor. kalu singleuntuk perbelanjaan kita (shoppingggggg...=.=')
  2. Kawan: bila single kita bebas sangat nak kawan dengan sape yang kita mahukan. Tak ada istilah cumburu aka cemburu...:D kalo kalian tak single agak terbatas kan...:D
  3. Bebas melakukan apa sahaja: dalam hidup ni byk benda korang nak buat tapi disebabkan kalian de bf/gf jadi nanti jadi halangan! cth: impian nak jadi rempit yang disegani ramai tapi bila bgtahu pasangan masing2 KOMPEM tak bagi takot 'mati kata' x_X' blablabla.. *KALAU AKU PUN TAK BAGI hekhek tu contoh! jgn plak korunk bgtahu kat bf/gf korunk aku cakap boleh..kang aku cepuk korunk kang!*
  4. Tak ada masalah: semua ada problem kan...tipu la tak ada! tapi kalau kita SINGLE lebih senang untuk kita fokus pada sesuatu masalah tuh :) jadi kurang la sikit masalah tuh.
  5. Tanggungjawab: kurang la sikit tanggungjawab tuh kalo single kan....:) ye la...kalo nak jago anak daro org kene betul2!! nak pegi ngn sape?? da laki x??? blablabla~
Jadi sekiranya anda hendak kejar cita-cita anda harus lah memilih SINGLE yer! bukan la bermakna tak boleh nak bercinta takut ti tak tekejar lak cita-cita :) *pesanan untuk aku gak nih* :D




KEKURANGAN pada single :
  1. Sunyi: :( ni la yang akan kalian rasa kalau kalian tak ada BF/GF kan?! Allah dah ciptakan hamba2-Nya dengan pasangan mereka. Sama ada cepat atau lambat :) Walaupun anda punya keluarga,saudara mara atau rakan-rakan masih terselit rasa sunyi dalam diri kita :(
  2. Melihat kebahagian orang lain: Mustahil kalian tak rasa lain bila tgk member2 korunk bahagia dengan gf/bf diorang kan?! Aku pun ada gak la rasa cam tuh :p kita pun nak juga rasa macam tuh kan.. Perasaan ini takkan hilang selagi kita SINGLE.
  3. Pembakar Semangat: Setiap kejayaan seorang lelaki tuh pasti ada wanita di belakangnya dan begitu juga sebaliknya. Boleh jadi sesiapa sahaja..mak,ayah,kakak,abang dan ramai lagi...tetapi lagi semangat kalau dia tuh teman hidup kita kan?! :)
  4. Masalah tanggung sendiri: Pasti ramai orang yang berada disekeliling anda yang sanggup memberikan bantuan apabila anda dilanda masalah seperti ibubapa, adik beradik dan rakan-rakan, tetapi ia pasti tidak akan sama sebagaimana perkongsian masalah antara pasangan hidup anda.
  5. Kasih dan Sayang: Manusia diciptakan berpasangan :) dan dikurniakan perasaan ingin dicintai dan untuk mencintai. Kasih dan sayang terhadap pasangan adalah lebih lengkap dari segi keperluan luaran dan dalaman.
Jadi kita hanya lah hamba-Nya yang ingin segalanya yang terbaek pada diri kita dan pasangan kita! tapi Dia menentukan segalanya!! Sekiranya anda sudah bersedia dari semua aspek seperti kewangan mahukan psikologi, perkahwinan adalah jalan terbaik untuk melengkapkan lagi naluri anda sebagai manusia

InsyaAllah sentiasa berdoa pada-Nya agar dikurniakan pasangan yang sangat soleh/solehah :D AMEEN! mereka yang sangat bertanggungjawab...

You Might Also Like

0 comments