Mati Itu Pasti

8:56 PM




Assalammualaikum WBT




Tarikh 03/11/2014 (Isnin) ingin aku dedikasikan entry kali ini untuk sahabatku,
SYAZA MUTHIRA ABD WAHAB.











Syaza Muthira (aka Jaja)

Seorang sahabat yang sangat baik, lemah lembut, sentiasa tersenyum dan sentiasa maniskan mukanya

Takdir telah menentukan semuanya
Jaja telah kembali kerahmatullah pada 1/11/2014 (Sabtu)
Dia menghidapi Brain Cancer (stage 4)


Kepermegian anda telah buat ramai terkejut termasuk aku.
Sedikit terkilan kerana tidak sempat langsung aku pergi melawatnya sewaktu hayatnya ada.
Maafkan aku, Jaja.


Jaja merupakan sahabat sekolah rendah dulu sehingga sekolah menengah.
Tapi sejak bersekolah kami berbeza kelas kerana dia ambil aliran agama dan aku ambil aliran lain.
Bila berjumpa mesti tegur! (: Pastu borak2 tanya khabar,

Nak kata rapat sangat arwah mungkin tidaklah serapat mana tetapi kerana mengenalinya sejak umur 7 tahun buat kan aku terasa kehilangannya.


Last jumpa arwah Jaja, masa aku ambil ujian berkomputer tuk ambil lesen kereta kat Puchong.
Masa tu arwah tegur aku.
Aku masih ingat senyuman dia kat aku sambil terpanggil nama aku.
Of course aku terkejut beruk :DDDD
Langsung kami duduk dekat longkang sambil tunggu result komputer.
Dia bagitahu dia dpt tawaran ke Mesir sambung belajar dan ambil Medic.
Jadi dokto la kalo ambil medic kan?
Katanya: InshaAllah (:
Lepas tu dapat result ( Dia higher okay dari aku...==' ) dan kami terpisah tuk pergi ke tempat belajar kereta memasing.
Itu lah terakhir kali aku jumpa arwah.



(Jaja - berbaju hijau)


Most every year, kitaorang akan wish birthday memasing.
Kami kongsi tarikh lahir yang sama (19 March 1990)
Tapi beza perangai.
Aku kasar bapak cam jantan, Jaja dia lemah lembut bercakap pun kena pasang speaker =.='

Just aku terasa hati sikit, 
This year Jaja tak wish pun birthday aku... (masa tu aku selalu cakap Jaja ada exam kot so dia busy)
Aku tak tahu dia da sakit masa tuh ): Sorry Jaja !





Syaza Muthira

Aman lah kau disana yer.
Semoga ditempat dikalangan orang2 yang beriman.
Yang pasti kau dapat jumpa arwah mak kau kan ?!

Syaza Muthira
(19/03/1990 - 1/11/2014)




You Might Also Like

1 comments

  1. Dulu sekola agama kat kg malaysia kan?
    Wow... x sangka... innalillah

    ReplyDelete