Untuk Awak

9:16 AM


Awak...
Maafkan saya andai saya memendam rasa ini
Kamu tahu bertapa susahnya saya untuk simpan di dalam hati
ianya bukan sesuatu yang mudah
Tapi saya tegar untuk semuanya (:

Awak...
kadang-kadang saya tak rasa kuat dan berpura-pura seperti
saya redha dengan ketentuan-Nya
ianya amat susah pabila saya harus tersenyum walaupun dalam hati Tuhan sahaja
yang mengetahuinya

Saya tidak sempurna mana..tidak seperti wanita yang pernah awak dampingi
saya juga bukanlah pilihan utama awak
Tapi awak,saya sentiasa doakan kebahagiaan awak.
Biarpun kehadiran saya pada awak tiada membawa apa-apa pengertian
saya senang andai saya dapat buat awak tersenyum dan ketawa (:

Awak..
Saya harap saya dapat ketemu seseorang yang bisa buat saya lupakan tentang awak
kerana saya pasti awak juga pasti menyukai seseorang *yg pasti bkn saya*
saya kembali senang melihat senyuman di bibir awak (:
walaupun tidak kelihatan dimata saya
biarpun punca senyum itu bukan datang dari saya tapi dari orang lain
saya faham dan mengerti kenapa bukan saya pilihan awak
Kerana kehadiran dia buat awak sangat bermakna kan?!
Awak menyayangi dia sepertimana saya menyayangi awak...
BEZANYA
dia juga menyayangi awak.
Dan saya?! Hanya diri saya dan dunia saya
dan bukan di dunia awak.

 Awak..
Saya sedih sangat,awak. ): Saya harus terima semuanya! walaupun hati memberontak..
dan saya teruskan mengorak langkah agar saya tidak terus memikirkan tentang awak sahaja.
Saya juga harus buka mata dan hati saya untuk orang lain kan?!
 Kata teman saya..
Saya harus melupakan awak kerana tidak tahu menghargai saya.
saya tidak salahkan awak sebab awak sendiri tidak tahu perasaan saya
itu sebab awak tidak tahu kewujudan saya.

Awak...
Maafkan saya andai suatu hari nanti saya tidak mampu memendam perasaan saya pada awak
Saya tak mahu berharap pada sesuatu yang tidak akan jadi nyata.
Awak..
Saya senang sangat berkawan dengan awk.. Awak baik. Awak tidak seperti lelaki yang lain.
awak ada pegangan agama yang buat hati saya tertarik
Cuma saya nak awak tahu sesuatu yang awak amat berharga dalam hidup saya!

Awak...
Saya doakan kebahagiaan awak! Semoga awak bahagia dengan insan yang awak cinta
Jaga insan yg awak cinta seperti saya mencintai awak (:
Semoga saya terus tabah dan yang penting menemui kebahagiaan seperti awak.
Saya pasti mendoakan awak dan dia



*1.15am thursday*
Maaf ini hanyalah luahan hati saya yg ikhlas.
Biarlah saya mencintai awak dalam diam














You Might Also Like

0 comments