Kamu, Lelaki Kacak

10:11 PM


Bismillahirahmannirahim
 
 
Definisi kacak kita sebenarnya?? Adakah rupanya seperti ini???
Berkumis, gagah, tegap ???
 
 
*ohhh Mi Hak aka Remy Ishak*
 
 
bagi Balqis bukan rupa yang bakal menjadi pertaruhan. *cewaaahhh
walaupun dihati
" Gilerr takmo lelaki kacak lagi-lagi cam Mi Hak!"
Kalau dapat yang kacak tu BONUS laaa :D
Dapat Remy Ishak lagi bersyukur LOL
( GURAU JE LAH)
 
Lelaki Kacak...
Lelaki yang tidak suka mempermainkan isi hati seorang wanita. Tidak menabur janji-janji manismu
Tak suka lihat wanita menangis kerananya
KERANA lelaki takut akan balasan ALLAH!
 
Lelaki Kacak
Tidak akan menipu demi kepentingan diri! Tidak mencuri HAK orang lain. Tidak meruntuhkan rumahtangga oranglain!
Takut dengan balasan ALLAH!
 
Lelaki yang kacak.. tidak akan melupakan Allah.. tidak akan sesekali ingkar pada perintah Allah.. seorang yang taat pada Allah dan Rasul-Nya… kerana dia mengimpikan syurga Allah..
Lelaki yang kacak..  sentiasa ikhlas dalam melakukan amalan seharian.. sentiasa redha dengan ketentuan Ilahi.. sentiasa berserah pada Allah..
Lelaki yang kacak.. sentiasa bersabar ketika menghadapi ujian dari Allah.. tidak akan putus asa untuk mengharungi segala ujian yang diberikan.. tidak akan pernah menyalahkan Allah..
Lelaki yang kacak.. akan menjadikan jihad fisabilillah sebagai matlamat dalam hidupnya..
Lelaki yang kacak.. akan selalu memohon ampun kepada Allah atas segala dosa-dosa yang telah dilakukan samada dosa kecil mahupun besar.. sengaja atau tidak sengaja..
Lelaki yang kacak.. sangat takut kepada ujian Allah dan ancamannya.. sangat takut melakukan dosa kerana dia tahu akan balasan yang akan diperolehi di akhirat kelak..
Lelaki yang kacak.. tidak akan mengeluh kecuali kepada Allah semata-mata.. selalu bertawakal kepada Allah dalam mengharungi kehidupan sehariannya..
Lelaki yang kacak.. sentiasa menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah antara mereka.. tidak akan memutuskan silaturrahim sesama saudara mahupun sahabat..
Lelaki yang kacak.. sangat kuat amar makruf dan nahi mungkarnya, iaitu mengajak ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran..
Lelaki yang kacak.. sangat kuat memegang amanah… sangat berpegang pada janjinya dan menjaga rahsia kaum keluarga dan sahabat handainya..
Dan lelaki yang kacak juga.. seorang yang pemaaf dan berlapang dada dalam menghadapi kejahilan manusia, sentiasa saling mengingatkan antara sesama saudara dan tawaduk kepada Allah..
Itulah ciri-ciri seorang lelaki yang benar-benar kacak.. bukan kacak di mata manusia sahaja malah kacak di mata Maha Pencipta.. seorang yang mendambakan syurga di akhirat nanti
 
ANDA LELAKI TERKACAK DIDUNIA DAN AKHIRAT !
 


You Might Also Like

0 comments