Mereka mungkin ahli syurga

5:59 AM

 

Sedang diri melayan perasaan di perhentian bas
Mata aku meliar melihat sekeliling aku. Manusia berpusu-pusu mencari reeki masing-masing.
Sedang aku leka melihat manusia yang berada dihadapan
lantas mata ini tertatap seketika dengan seorang pak cik tua ini.
Lingkungan umurnya mungkin 60an , berpakaian lusuh, seluar nya koyak dan rambut serabai.
Mencari rezekinya.
dimana ????
Kaget aku pabila pakcik tadi meyelongkar tong sampah yang hampir dengan perhentian ini.
Kusyuk mencari botol, kotak dimana sampah yang kerap kali
kita katakan ianya tidak bernilai
TETAPI
bagi mereka ianya seperti emas!
 

Pernah seketika terdetik dijiwa apakah punya kehebatan yang kita tidak sangka ???

Mereka memerah keringat mereka untuk mencari sesuap nasi untuk keluarga.

Mereka mungkin dipandang rendah oleh orang ramai tetapi jangan lupa bahawa kehebatan mereka memungkinkan mereka mendahului kita sebagai calon ahli syurga…..!

 
 
 
 
Sedangkan kita ???
 
Mungkin juga solat nya terjaga rapi sedangkan kita tidak.
Mungkin jua mereka membayar zakat sedangkan kita masih tidak membayar .
 
 
 
Mereka mungkin ahli syurga. Jangan pandang rendah !


You Might Also Like

0 comments