this is FACT of TWITTER!

6:12 AM


Twitter sekarang sudah menjadi kegilaan orang ramai bkn di Malaysia shj tetapi DUNIA ok! Bagi yang belum mengenali ape tu twitter,twitter adalah seekor burung BIRU *WTF* hihihi
Just like FACEBOOK but tanpa sent any games! no karangan yang panjang2 yang cam bebdk UPSR...
For me twitter de gak FACTs yang shoulg guys know...
Masyarakat kat luar sana de gak puak2...cam tu gak ngn TWITTER.
so jum cekidautttt......

1.   Puak Artis & SelebritiDi dalam Twitter, golongan yang paling banyak followers dan influence adalah golongan artis. Jangan confuse golongan artis dengan PUAK ASRTIS - artis ini adalah mereka yang memang terkenal di dunia nyata. Bukak sahaja akaun Twitter, tweet sekali, BOOM terus ada followers. Memang gila. Korang tengok ni...


Lisa Surihani tweet selamat menunaikan solat Jumaat, dan lebih berpuluh, mungkin beratus-ratus orang RT. Siapakah golongan yang kaki RT ini? Mereka ini dari Puak Desperado yang akan kami cerita tak lama lagi.

Selain daripada fenomena orang RT benda-benda bodoh yang korang tulis, satu lagi petanda korang Artis adalah kehadiran berpuluh-puluh akaun lain dengan nama anda:
Yang kelakarnya, ada juga mangkuk ayun, most likely dari Puak Desperado, yang follow akaun-akaun palsu ini.

Kenapa kami asyik guna Lisa Surihani sebagai contoh? Kerana beliau mengumpul lebih 600,000 followers dengan tweet-tweet yang sangat membosankan. Jelas populariti akaun Twitter beliau hanya kerana beliau famous dan bukan kerana Tweet - ini contoh jelas seorang dalam puak Artis.

2. Puak Retis

Retis ini adalah golongan yang famous kerana mereka famous. Boleh jadi terkenal di dunia siber tanpa sebenarnya menyumbang apa-apa di dunia sebenar. Segelintir golongan retis ini adalah pseudo-selebriti seperti blogger hiburan, wartawan atau pakcik,adik abang saudara kepada puak artis.

Tetapi kami nak fokus kepada golongan retis yang naik kerana tweet-tweet mereka dan pengaruh mereka kepada dunia luar. Sebenarnya tiada siapa tahu kenapa mereka ini popular - dan majoriti daripada individu ini tidak terkenal di luar mahupun menyumbang kepada masyarakat. Mereka ini berbeza daripada PUAK GORGEOUS, sebab sekurangnya puak gorgeous orang tahu famous sebab apa.

Cara-cara nak mengenalpasti RETIS yang sebenar adalah
(a) nama tak famous
(b) tapi follower beribu-ribu malah berpuluh ribu
(c) tweet benda-benda mengarut
(d) tak akan layan tweet dari orang follower kurang dari 200 (kecuali orang tuh awek)
(e) ada perasaan macam "kebal" dan orang lain yang sikit follower "bebal"
(e) PANTANG DITEGUR. Hah, cuba korang try trolling (yakni mengacau dengan tujuan mengacau) golongan retis - terus merajuk. Ayat wajib Puak ini adalah "Haters will always hate". LOL

Golongan retis ini membiak kerana seorang retis akan selalu RT tweet dari kenalan yang dia rasa dia nak "naikkan" status menjadi retis seperti dia. Last-last satu puak terwujud di antara geng-geng yang sama sahaja.

Macam "jocks/budak popular" di sekolah menengah, ada di kalangan mereka yang berjaya menukar status retis di media sosial ke sesuatu yang berguna di dunia luar - tetapi kebanyakannya hanya mampu teringat zaman "aku pernah famous".

3. Puak Gorgeous

Di dalam twitter pun, sama seperti masyarakat blogger, atau mana-mana zaman dalam dunia ini, ada segelintir manusia dalam Twitter yang ramai followers hanya kerana mereka ini chun. Biasanya awek. Kenapa tidak jantan? Mudah sahaja - wanita chun akan diikuti lelaki DAN wanita. Lelaki yang chun hanya akan diikuti lelaki gay.

Kami tidak mahu sebut la tentang awek-awek cam @haniszalikha dan sebagainya. Mereka ini memang dah retis dalam dunia blog. Ini yang ada 1000+ lebih followers sebab avatar mereka chun seperti calon Undian Awek Kencang Twitter #1 , Lina Syazlina. Tengok je ah avatar ni.



1,860 followers. Take that HATERS!

4. Puak Desperado

Puak Desperado adalah puak yang nak masuk dalam ketiga-tiga puak di atas tetapi tidak mampu kerana mereka bukan artis, tidak kenal golongan retis, dan obviously tak chun. Golongan yang nak mengurat awek-awek twitterjaya pun boleh masuk dalam puak ini. Jadi apa yang mereka boleh buat?

Mereka akan RT dan balas tweet ketiga-tiga golongan di atas sekerap mungkin dengan harapan ada reply. Kalau ada yang bukan setakat reply tapi Retweet sekali, macam dapat bonus 3 bulan dari majikan happy-nya. Golongan desperado ini boleh dikenalpasti dengan sifat-sifat berikut:

(a) Suka reply tweet-tweet sebodoh mana pun asalkan dari golongan artis/retis.
Contoh : @minahdesperado Saya pun! RT @balakartis : Saya nak berak

(b) Suka tiba-tiba memuji artis
Contoh : @minahdesperado Kak @missfazura! Saya sukaaaaa akak,cantek sgt!!!

(c) Suka menyokong artis walau apa pun sebab
Contoh : @minahdesperado Bodoh!Akak ctnur11 cantik k! RT @mamatcool : Amender la @ctnur11 ni pakai tudung cam jaring ikan ni. Nampak rambut

BONUS : Kumpulan yang suka follow korang dan suruh korang follow diorang balik!

5. Puak Wannabe

Mereka ini dalam rahsia nak jadi antara 3 puak utama di atas, tetapi ada kesedaran sivik untuk tidak berkelakuan seperti Puak Desperado. Jadi mereka hanya duduk dan berharap satu hari ada sahaja antara 3 puak utama di atas sedar tweet mereka dan RT. Ciri-ciri puak wannabe adalah tweet-tweet separa-intelektual dan kadangkala reply tweet-tweet puak-puak utama dengan jawapan yang serius. Puak Wannabe mengambil twitter terlampau serius - tetapi mereka juga paling berpotensi memasuki Puak Retis.

6. Puak MyLifeSux

Puak ini antara yang terbesar dalam Twitterjaya. Mereka menganggap Twitter, dan terutamanya followers mereka, nak mendengar segala masalah dalam hidup. Hidup mereka ini tidak pernah positif.

Pecahan puak ini termasuk Kumpulan Sedih (semua tweet sedih sahaja), Kumpulan Meroyan (marah orang je), Kumpulan Lonely (tweet menarik perhatian mereka ini solo). Contoh-contoh tweet Puak ini:

(Bila hujan) @budaksedih Bumi hujan,sepertimana hatiku mengalir air mata mengenang nasib...
(Bila panas) @budaksedih Cahaya matahari mengingatkan aku betapa gelapnya jiwaku ini...


@budakmeroyan Hey minah! Kau ingat kau boleh bodek bos. Geram aku tgk setiap hari tau!

@budakmerungut Sigh.Kerja penat nyer, gaji aku ciput je.
Tak pernah wujud budak yang tweet gaji dia setimpal dengan kerjanya.lol

@budaklonely Haih,makan sorang kat subway ni.Aku tidur ngan sandwich je la.

Puak ini memang annoying sangat. Kau ingat kau seorang sahaja yang kena cari duit? Kena masak? Kena cuci baju? Kena ada anak?

7. Puak TooMuchInfo (TMI)

Puak ini antara puak-puak terdahulu dan mungkin ada baka-bakanya dalam puak-puak lain. Mereka ini memberi maklumat yang sebenarnya tidak menarik perhatian followers langsung. Boleh dibahagikan kepada:

(a) Kumpulan yang tweet setiap masa, setiap perbuatan

@budaktmi Gosok gigi. Pedas.
@budaktmi Pakai seluar pink. Ketat.

(b) Kumpulan yang tweet benda yang normal, tetapi terlalu banyak maklumat

@budaktmi Tonight I'll be wit my date.Hope he sucks my toes.

(c) Kumpulan yang update di mana mereka berada, setiap masa

@budaktmi At Petronas SS15,SubangJaya
@budaktmi At 7-11 SS15,SubangJaya

8. Puak Serbanista

Yes, di mana-mana sahaja mereka ini wujud. Malah ada juga Puak ini yang juga Retis, mahupun Artis. Mereka ini suka RT ustaz-ustaz, terutamanya Ustaz Azhar Idrus.Tetapi yang lebih merungsingkan adalah betapa ramainya Keyboard Hijadist yang sentiasa bertekak dengan orang lain pasal agama dan suka tweet:

@serbanista Kan manis kalau tidak pakai seksi RT @artiseksi : Saksikan saya di muka depan FHM


9. Puak Motivasi

Ini pulak puak yang opposite Puak MyLifeSux. Mereka ini pula update macam dunia ini syurga. Kami suka orang yang tak merungut, tapi ada sesetengah itu mengambil ekstrem positif. Setiap TWEET mereka seakan satu motivasi, sehingga menyebabkan orang menyampah sebab macam menunjuk-nunjuk kehidupan yang best. Ada juga yang secara literal asyik tweet motivasi, tips perhubungan walaupun diri sendiri takder tujuan dan BANYAK buat kesilapan.

10. Puak Pointless/Haters

Mereka masuk twitter,follow orang, tidak tweet maka tiada followers, tapi tak habis-habis mengomel pasal tweet orang lain! Mereka ini tidak ada contoh tweet kerana mereka sendiri tidak pernah tweet. Biasanya kekal dengan avatar telur.

11. Puak Grammar Nazi

Mereka ini sentiasa menegur kesilapan tatabahasa orang lain, dan ada juga yang sampai siap RT kesilapan tersebut. Mereka juga biasanya dalam Puak Wannabe.

12. Puak Bot

Mereka ini ada nama manusia, follow kau macam manusia, kadang-kala RT macam manusia tetapi TIBA-TIBA akan mention nama korang

@botbotbot Hey @sucka212, click on this link for nude photos!

Siapa yang click, memang bodoh dan padan muka bila akaun kena hack. Akaun-akaun ini adalah akaun palsu ciptaan computer untuk meletak virus di medan twitter.

13. Puak Suka RT Pujian

Biasanya puak Artis, Retis dan Gorgeous suka buat benda ini. Tetapi realitinya secara separa-sedar setiap individu teruja nak kongsi tweet yang memuji diri mereka. Maka tidak terkejut la banyak dalam Puak Desperado yang suka tweet puji-pujian kepada golongan artis dan retis sebab keberangkalian mereka RT sememangnya tinggi.

.....................

Ada lagi puak-puak lain, dan dalam setiap puak ini mesti ada kumpulan-kumpulan kecilan. Kalau ada feedback dan idea, sila la komen.

KREDIT BLOG KENCANG! (:Y

p/s:------ sumpah aku tergolong jugakkkk dalam puak2 nieee tuiiiiihhhh *si** laaaa Jai....*
korunk pun sama.......! da xyah nak kencang sgt! hahahahahahahhaahha aku pun tergolong!

You Might Also Like

0 comments